Tuesday, April 21, 2009

Sajak_Aku Menjadi lebih berani

Sajak

Aku Menjadi Lebih Berani
说到是关于一个女人对因为朋友伤害变得勇敢

Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu
sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.
Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar
sepatah kata,
bisa, aku merasa.

Hati dan rasa mengejarku
aku menjadi lebih berani.




contoh Soalan

1. Apakah perbezaan antara perlambangan yang dibawakan oleh biru dengan baju ungu?

2. Pada pendapat anda,apakah sifat yang dimiliki oleh penyajak sehingga menyebabkan beliau menderita?

3. Jelaskan satu persoalan yang cuba diketengahkan oleh penyajak menerusi sajaknya itu?

4. Bagaimanakah penyajak membezakan dirinya daripada kawannya dan apakah yang disedari oleh penyajak menerusi perbezaan tersebut?

5. Pada pendapat anda, apakah peranan seorang sahabat sejati?

6. Jelaskan maksud unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak dan berikan contoh.



Ciri-ciri Sajak

Tema

Tema merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak,
contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara.


Persoalan

Persoalan pula merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan.
Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasih sayang,
kemarahan, dan kekecewaan dalam sajak tersebut.

Bentuk

Jenis bentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam baris,
jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.

Gaya Bahasa

i.Perbandingan

(a) Metafora

Perbandingan yang tidak jelas. Penggunaannya secara langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bak, umpama.

(b)Hyperbola

Gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya digunakan untuk memberi
penekanan maksudnya berhubung dengan perasaan dan suasana.

(c) Personofikasi

Benda yang tidak hidup, peristiwa atau keadaan diberi perbandingan
dengan manusia.

(d) Simile

Membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi
perbandingan dengan manusia.

ii.Penggunaan ayat Inversi

- Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat.


iii.Pengulangan

Anafora / Epifora / SimplokMemperlihatkan aspek pengulangan perkataan dalam setiap perkataan di awal ayat( anafora), tengah ayat ( simplok), dan akhir ayat (epifora).


iv.Unsur BunyiAsonansi

_ pengulangan bunyi vokal ( a,e,i o,u)Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan

v.NadaNada Melankolik


- Menggambarkan suasana sedihNada Patriotik - Menggambarkan penuh perasaanNada Sinis - Menggambarkan perasaan kurang senang.Nada Protes - Menggambarkan perasaan menentangNada Romantik - Menggambarkan perasaan yang tenang

Contoh Sajak

Aku Menjadi Lebih Berani

Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu
sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.
Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar
sepatah kata,
bisa, aku merasa.

Hati dan rasa mengejarku
aku menjadi lebih berani.
(Latifah Hj Selbli-Anak Laut)

Maksud
Penyajak menyatakan dalam persahabatan yang lebih penting ialah kejujuran dan keihlasan bukan sifat luaran. Penyajak berani menghadapi
cabaran kerana dia lebih memahami hatinya dan sahabatnya. Penyajak juga memahami hati wanita yang berani menghadapi cabaran.
Ciri-ciri
Sajak ini berbentuk bebas dan mempunyai tiga rangkap, rangkap pertama mempunyai tujuh baris, rangkap kedua lima baris dan rangkap ketiga mempunyai lima baris.
Tema dan Persoalan
Tema sajak ini ialah sifat keberanian seorang wanita. Persoalannya pula sesetengah orang tidak jujur dalam percintaaan dan pengalaman pahit yang dilaluinya menjadikan dia lebih berani.
Nada
Sajak ini bernada kecewa.
Gaya Bahasa
Asonansi : bajuku ungu ( pengulangan vokal u)
Aliterasi : tidak setulus hatiku ( pengulangan konsonan t)

Nilai
1.
Peribadi kawan atau kekasihMemilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan fizikal ( kecantikan dan ketampanan), tetapi yang penting kejujuran.
2.
KemanusiaanWanita walaupun bersifat lemah , tetapi akan bangkit menghadapi cabaran apabila dicabar.
3.
KemasyarakatanManusia tidak kira lelaki atau perempuan haruslah berani menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

No comments: