Thursday, April 2, 2009

Peribahasa_Contoh

Peribahasa

1.Peribahasa questions are set in the SPM Kertas 2 Bahagian 3(e).

2.There are three different types and one(1) of the three (3) types would be set by the examiner.

3.If you answer all the questions correctly you will be given 6 marks.



Type A

Baca petikan dibawah dengan teliti kemudian kemukakan peribahasa bagi menggambarkan situasi yang terdapat di petikan itu.

1.Sebaik-baik sahaja pihak mahkamah menjatuhkan hukuman mati mandatori kerana terlibat pengedaran dengan dadah.Gazali menitiskan air mata penyesalan atas berbuatannya itu.

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai


2.Haji Iqhal sentiasa menasihati anak bongsunya Nazliman agar menjaui
najis dadah kerana mendatangi pelbagai kesan buruk .Namun langsung tidal dihiraukan oleh anaknya itu.

Nasihat Haji Iqhal kepada anaknya seperti Mencurah air ke daun keladi

3.Cikgu Balgis mengingatkana anak-anak muridnya supaya tidak mudah jemu mebuat
latihan seperti yang diberikan oleh guru.Katanya”Sesuatu yang susah akan menjadi
lebih mudah jika kita selalu mempratikkannya”

You may choose any one of the answers listed below:

Jawaban A.
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Jawaban B.
yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

Jawaban C.
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya


Type B

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai

1.Pak Mat menyimpan wang bonus yang diterimanya sebagai persediaan untuk membayar yuran persekolahan anaknya pada tahun hadapan. Sikap Pak Mat ini sesuai dengan bidalan yang menyatakan bahawa____________________.

sediakan payung sebelum hujan .

2.Walaupun Juliana agak lemah dalam pelajaran, dia tetap berusaha untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana dia percaya bahawa ____________________.

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

3.“Saya yang telah lama bekerja di sini pun tidak berani membantah arahan Encik Borhan, inikan pula kamu yang baru setahun jagung di sini. Azwan, _________________” kata Encik Ikram.

kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

Type C

Baca petiikan di bawah dengan telitti kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi mengikut urutan yang terdadap dalam petikan ini.


Komitmen kerajaan Rusia dalam usaha melatih angkasawan dari Malaysia merupakan satu peluang yang dinanti-nantikan. Jika dahulu orang mengatakan bahawa usaha ini hanya mimpi, namun kini apa-apa yang kita idamkan bakal menjadi realiti. Pada Oktober nanti angkasawan sulung dari negara kita akan melepasi orbit dan muncul di angkasa lepas. Hal ini, merupakan satu kejayaan besar kepada negara. Program ini menjadikan Malaysia setanding dengan negara-negara maju di dunia. Untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh dengan menyediakan kursus yang berkaitan aeroangkasa di universiti tempatan.

Peribahasa yang menggambarkan 3 situasi petikan ini ada lah:

1.Satu peluang yang di nati-nantikan: peluang keemasan

2.apa-apa yang kita idamkan balal menjadi realiti:Di mana ada kemauan , di situ ada jalan

3.berusaha bersungguh-sungguh:titik peluh

No comments: