Sunday, April 26, 2009

Cerpen_Annyss Sophillea

Soalan

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan –soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ratu suria telah tergelincir dari persemayamannya di puncak langit.
Sendirian di hutan belukar Begini sesekali meremangkan bulu tengkuknya.
“Kalaulah eustary ada di sini…”desis Annyss sendirian.

Krrapp!

Derapan tapak kaki sesorang telah mematahkan ranting kering di belakangnya. Sekaligus darahnya berderau. Annyss sudah bersedia menghunus pisau belatinya. Demi dia berpusing, senjatanya dihayun tinggi untuk dibenamkan ketubuh musuhnya.

“Ehh…nanti dulu!Sabar,Annyss!”“Akmal?” Annyss bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya. Kemunculan eustary di sisi Akmal menambahkan kekagetannya.

“Bagaimana kau boleh berada disini?”

“Terbang.”Akmal membalas dengan selamba.

Annyss tersenyum.“Jadi kaugunakan kalungaku untuk menyeru eustary,ya?”

Akmal mengangguk. “Setiap malamku diserikan oleh bayanganmu di dalam impian. Tapi suaramu seakan-akan memerlukan. Kerana itu aku datang. Lagipun sudah seminggu kau tiada. Terasa canggung pula.”

Seminggu? Sedangkan aku baru sampai semalam, bisik Annyss…

oh ya! Baru aku teringat.

“Akmal,ada sesuatu tentang Alstonia yang kau perlu tahu.”“Apadia?”

“Se hari di Alstoni berertis eminggudi Bumi.”

“Macam mana boleh jadi begitu.”Akmal mula keliru.

“Kau tentu bahawa dimensi kita berbeza.Begitu juga dengan masanya.”

Jawapan

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan meremangkan bulu tengkuknya berdasarkan petikan di atas?

Maksud meremangkan bulu tengkuknya berdasarkan petikan di atas ialah Annyss berasa takut.


(ii)Mengapakah Akmal pergi keplanet Alstonia?

Akmal pergi ke planet Alstonia kerana pada setiap malam dia bermimpi akan Annyss menyebabkan dia berasa seolah-olah terdengar suara Annyss yang memerlukannnya. Akmal juga pergi ke sana kerana sudah seminggu dia dan Annys tidak berjumpa dan hal ini Menyebabkannya berasa canggung kerana ketiadaan Annyss.

(iii) Pada pendapat anda wajarkah Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia?

Pada pendapat saya, wajar bagi Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia kerana dia ingin bertemu Annyss.
Bagi melepaskan rasa rindu dan menguatkan lagi ikatan persahabatan antara mereka. Akmal juga ingin membuktikan kesetiaan dalam persahabatan dengan cara membantu Annyss.Pada pendapat saya tidak wajar Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia kerana Alstonia merupakan negara asing bagi Akmal. Saya berpendapat bahawa Akmal mungkin mengalami pelbagai cabaran di Alstonia disamping terpaksa meninggalkan keluarga di bumi

No comments: