Wednesday, April 29, 2009

Prosa tradisional_Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya

Latihan 1
Sungguhpun demikian kata bapanya,tiada jua didengar oleh anak kera itu,sediakala pergi juga ia bermain-main dengan anak saudagar itu. Adapun luka anak kera itu sudahlah sembuh tetapi luka anak saudagar itu belum juga sembuh lagi,beberapa pun diubati oleh Tabib,tiada juga baik.

Maka kata tabib kepada saugadar itu, “ Adapun luka anak tuan hamba ini,jikaberoleh hati anak kera itu sembuhlah.”

Setelah anak saudagar itu mendengar kata tabib demikian,maka katanya, “ Meski hamba mati sekalipun,bahawa sesungguhnya tiadalah hamba mahu membunuh anak kera itu.”

Setelah dilihat oleh saudagar itu luka anaknya itu tiada juga mahu sembuh lagi, maka saudagar itu berfikir di dalam hatinya. “Baiklah apabila datang anak kera itu kubunuh.”

Syahadan,pada suatu hari datanglah anak kera itu hendak bermain-main dengananak saudagar itu seperti adat sediakala itu juga,maka segera ditangkap oleh saudagar dan dibunuh akan dia, diambilnya hatinya lalu diubatkan anaknya itu. Maka luka anak saudagar itupun sembuhlah.Demikianlah ceritanya.

1. Apakah peristiwa yang berlaku menyebabkan anak kera itu luka?

2. Huraikan dua pengajaran daripada kisah persahabatan antara anak kera dengan anak saudagar tersebut.

3. Adakah anak saudagar itu dapat dianggap sebagai sahabat yang baik?Nyatakan alasan anda.

4. Apakah yang telah berlaku kepada anak kera itu?

Latihan 2

Lalu dibuangkan ke tanah segala burung bayan.Maka tinggal seekor lagi Bayanyang tua itu.Arakian setelah bayan yang banyak itu habis jatuh ke tanah berkaparan, maka terbanglah sekaliannya.Setelah dilihat oleh budak itu akan kelakuan bayan itu, maka ia pun marahlah,lalu turun ke tanah,katanya “ Binatang haram jadah ini,ditipunya kita,pura-pura mematikan dirinya.Aku lontarkan ke tanah berkaparan seperti bangkai lalu ia terbang habis. Tetapi baiklah yang tinggal ini kubunuh juga, baharu puas rasa hatiku.”

Maka diambilnya bayan tua seekor yang tinggal itu hendak disembelihnya.Makakata bayan itu, “ Hai budak,jika engkau bunuh aku, tiadalah akan kenyang engkau makan dagingku yang sekepal ini, melainkan engkau jualkanlah aku ini dengan harga dua ribu dinar boleh engkau makan sampai anak cucumu! Bawalah aku kepada raja di dalam negeri ini.Kudengar ada penyakit sopak pada kaki raja itu dan tangannya.Aku tahu ilmu tabib.Akulah mengubati dia.”

1. Mengapakah budak memarahi perangai burung bayan?

2. Petikan di atas menggambarkan kebijaksanaan burung bayan.Analisis sifat kebijaksanaan itu.

Latihan 3

Maka segala pengajaran ibu bapanya tiada juga diturut oleh anak kera itu.Sekaliperistiwa pada suatu hari, maka anak kera itu pun bermain-main catur dengan anak saudagar itu.Maka kalah anak kera,menang anak saudagar.Maka anak kera itupun marah lalu dihamburkannya buah catur itu kepada anak saudagar itu.

Syahadan kepada masa itu orang itu pun banyak duduk di rumah saudagar itu, maka anak saudagar itu kemalu-maluan ia lalu dihunuskannya pisau daripada pinggangnya dan diparangkannya kepada anak kera itu. Maka anak kera itupun melompat kenalah hujung pisau itu pada lengannya, maka anak kera itu itu luka sedikit.

Setelah itu, pisau itu dicampakkan oleh anak saudagar itu. Apabila dilihat oleh anak kera pisau itu tercampak di situ lalu iapun melompat mengambil pisau itu lalu dilontarkannya kepada anak saudagar itu maka anak saudagar itu pun luka sedikit. Sebermula anak kera itu pun kembalilah ia kepada ibu bapanya.Setelah dilihat oleh bapanya anaknya luka maka kata bapanya “Kenapa engkau luka itu?”

1. Mengapakah anak saudagar berasa malu dengan tindakan akan kera membaling buah catur ke arahnya? Apakah tindakan yang dilakukannya?

2. Nilaikan sikap anak kera sebagaimana yang digambarkan dalam petikan di atas?

Latihan 4

Sungguhpun demikian kata ibubapanya akan anka bayan itu bersahabat juga iadengan anak cerpelai.Maka pada suatu hari datang seorang kanak kanak kepada pohon bayan itu. Maka dilihatnya anak cerpelai itu lalu ditangkapnya anak cerpelai itu,dibawanya pulang ke rumahnya. Setelah dilihat oleh cerpelai anaknya diambil orang itu, maka ia pun menangis laki bini.

Kemudian maka pergilah cerpelai laki bini mendapatkan serigala seraya mengadukan halnya, katanya “ Hai serigala bahawa adalah hamba diam pada suatu lubang kayu dan bayan pun ada bersarang di atas pohon kayu itu! Maka datang seorang budak ditangkapnya anak hamba dibawanya pulang.Sekarang ini kehendakku akan anak bayan itu pun, barang daya upaya tuan hamba minta dilenyapkan juga daripada mata ibu bapanya.Berilah bicara akan daku oleh tuan hamba.”

Maka kata serigala, “ Jikalau demikian apabila datang budak itu janganlahengkau lari,jikalau dekat budak itu maka engkau larilah sedikit-sedikit hingga sampai kepada lubang tempat bayan itu tinggal.Apabila dilihat oleh budak itu akan anak bayan itu, nescaya diambilnyalah akan anak bayan itu dengan senangnya.

1. Berikan maksud seraya mengadukan.Mengapakah cerpelai laki bini mengadukan hal itu kepada serigala?

2. Cerpelai laki bini merupakan binatang yang tidak boleh dipercayai.Huraikanpernyataan tersebut.

No comments: