Thursday, April 23, 2009

Cerpen_Kerana Manisnya Epal

Kerana Manisnya Epal

(Baca soalan dahulu kemudian cuba mencari jawabannya dari cerpen)

Tidak lama kemudian dia mengambil seorang lagi anak angkat, pelajar yang mengambil fellow dalam bidang ekologi. Yvonne Zakharov Rosenblum,berasal dari Moscow.
Dia seorang”refusnik”atau Yahudi Soviet Union.
Mereka berdua sahajalah anakanaknya kini.
Buchanan memejamkan matanya.
Ada perasaan sedih mengelus-elus jiwanya.
Hampa.
Anak-anak kandungnya jauh.
Terlalu jauh daripadanya.
Lima orang anaknya itu mempercapak usaha gigihnya di kebun ini.
“Ayah sibuk dengan epal-epal ini juga.
Sedarlah ayah dah tua.Mengapa ayahmasih mempertahankan kebun ini? Mengapa ayah masih degil?” Buchanan menahan pedih.Hatinya berketai-ketai kini.Hansur remuk.
Bagaikan kaca terhempas ke batu lalu berderai kecil.
“Kalian tidak sedar bahawa epal-epal ini sangat bererti.Kebun ini pusaka.
Nostalgia.Nenek moyang kalianlah yang mempertahankan epal golden grimes satu ketika
dahulu.

Kalau tidak kerana usaha mereka itu kalian tidak akan dapat mengecapi keenakan gravestein,maiden blush,balwin,ribston atau red astrachan.”

Buchanan menjergah anak-anaknya.Kecewa menjalar laju dalam urat-urat di tubuhnya.


Yvonne berjalan pantas melewati pohon-pohon epal wagener,ashton brown jersey,dan winesap.

Mazlina di belakangnya. Juga Bethoven.

Selang seketika kemudian,Yvonne sudah berdiri di hadapan rombongan tersebut.

Dia mencekak pinggang. “Kalian mesti langkah mayat aku dahulu sebelum memusnahkannya.”

Mazlina terkesima.Mulutnya melopong. “Cik anda sekarang berada di atas tanah milik kerajaan.Anda boleh didakwa.”

Eeeeiii,kalian ada surat mahkamah?Kalian fikir aku tidak tahu undang-undang? Jangan nak tunjuk lagak.”Yvonne mara ke hadapan. Mazlina semakin cemas. “Cik saya katakan....”

“Oooo,nak gunakan cara kasar!Baik aku juga akan gunakan cara ini.OkeyMazlina ambil senapang di dalam rumah.”
Yvonne semakin gagal mengawal emosinya.Bethoven asyik menyalak.

soalan

1. Mengapakah Buchanan berasa hampa?

2. Pada pendapat anda mengapakah Buchanan mengambil anak angkat?

3. Jelaskan dua seruan pengarang melalui karya ini?

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Yvonne menerusi kalimat “kalian mesti langkah mayat aku dahulu sebelum memusnahkannya” yang diungkapkannya?

5. Pada pendapat anda, mengapakah Yvonne sangat marah akan rombongan tersebut?

6. Huraikan perwatakan Yvonne dengan berdasarkan petikan itu.

No comments: